Tuesday, January 24, 2006

UUM : Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah 1426H

Pada 15.01.2006 yang lepas Pusat Islam UUM telah mengadakan majlis Ibadah Qurban bertempat di perkarangan Masjid Sultan Badli Shah. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi. Lebih kurang 200 orang staf dan penduduk sekitar datang membantu untuk melapah dan memasak daging. Dalam Majlis kali ini, sebanyak 13 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah dikorbankan untuk Qurban dan Aqiqah. Dua ekor lembu tambahan telah disembelih sehari sebelum majlis untuk dijadikan kenduri. Kesemua daging aqiqah dan qurban telah diagihkan kepada 500 orang kakitangan dan penduduk setempat.

Sumber: UUM Islamic Centre

Saturday, January 07, 2006

Banjir Melanda UUM...

18 Disember 2005 hari tu, UUM telah dilanda banjir yang tak pernah2 terjadi sblmnya.... smua orang kelam kabutlah dibuatnya... nasib baik waktu tu cuti sem... jadi kami sebagai student tak terasa la sgt.... Bukan saja UUM yang dilanda banjir, Changlun, Jitra semua 'dinaiki' air ... pendek kata kawasan Kubang Pasu penuh dengan air... Jitra yang dah 30 thn tak 'dinaiki' air kali ni terpaksa bermandi air untuk 1-2 minggu jugak la lamanya.... tp yang aku nak tnjuk kat sini gambaran kwsn UUM yang dilanda banjir.... tgk la noh...

Selamat Tahun Baru ! ! !

Assalamualaikum..... C hat semua noh... qasanya tak terlambat lagi kalau aku nak wish Selamat Tahun Baru 2006.... nampak gayanya akan bertambah lagi satu angka la umoq aku.... ishk.. ishk.. ishk... dah tua qupanya... apa2 pun aku harap tahun 2006 yang dah menjelma lebih seminggu ni akan membawa sinar yang sentiasa bersinar-sinar dan terus bersinar-sinar untuk aku.... apa? azam baqu?.....
hmmmmmmmmm..... memandangkan semua oqang sibuk bertanya pasal azam baqu, maka aku pun terpaksalah listkan balik azam2 tahun sudah yg blm tercapai atau terlaksana lagi... apa2 pun semua tu rahsia la.... mana blh bagi tau kan...... jadi aku kena pastikan untuk tahun ni azam aku akan tercapai sekaligus azam2 aku yg thn lps yg belum tercapai akan tercapai.... hehehehehheheheh.... berbelit tak ayat aku?
Rasanya dah 2 bulan aku tak upgrade blog ni... biasa la... cuti semester... blog ni pun terpaksa la aku rehat sekejap... bknnya takdak tnet kat umah, tp cuti ni aku sibuk sikit la pasal abang aku nak kawin.... jd tak sempat la aku nak jeling2 kat blog ni.... skrg smuanya dah settle, knduri dah slesai... cuti pun dah habis... so, msk semester baru.... maka akan bertmbh pening lalat la otak aku ni nak kena bukak buku balik dan mengadap lecturer yang kadang2 ntah apa2 ntah yg aku tak paham.... hehehehehehheheheheh...... ok lah..... takat ni dululah sebagai pembukaan untuk tahun 2006 ni... n aku wish all da best untk smua.......