Monday, May 29, 2006

Hi... What's Up...

Assalamualaikum smua… Rindunya… rasanya dah lama aku tak update blog aku nih… biasa la, x sempat… al-maklum lah… org sibuk kan ( sibuk ke?)… sekarang dah habis 3 minggu aku menjalani praktikum… setakat ni ok la aku kat jabatan nih…. Hmmmmm… hr pertama aku g daftar hari tu, mmg kecut perut gila… tp sekarang dah ok dah… dah blh bergelak ketawa dgn geng2 kat situ… kami bdk uum semua lima orang dkt jabatan ni… tiga orang budak multimedia; aku, Din n Julia serta dua lagi budak pengurusan awam; Mat Shah n Wan Yus….nak tahu apa yg kami buat kat situ? Haaaaaaaa… rutin harian kami selain setle kan kerja yang telah ditugaskan adalah memikirkan apa yg hndak dimakan, pot mana nak cari mkn dan ‘towaf’ pacific sebanyak mgkin… hahahahhahahahaha…… lawak kan? Hmmmmm…. Hari tu aku ada janji nak masukkan gambar2 masa gathering budak2 multimedia kan… ni, aku mskkan skit… Ok… check it out…

Fuyoo. . .

Tuesday, April 25, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wah......... apa habaq semua? sihat noh.... dah lama aku x update blog ni... mklumlah sibuk dengan exam... sekarang smuanya dah settle... dah merdeka... waaaaaaaaaaaaaaaaaa... bestnya... hrp2 smua paper LULUS la noh... dalam masa dua minggu ni byk sgt bnda yang berlaku... rasanya tak larat nak tulis smua kat sini... antaranya dinner dgn pelakon2 projek filem pendek aku, gathering bebudak multimedia dan bla bla bla bla...... nantilah aku masukkan gmbr2 expose kitaorg kat sini... esok dah nak balik umah, rasa sedih plk nak tinggalkan bumi Sintok ni... bknnya apa, byk lagi tmpat yang aku tak teroka selama 2 1/2 tahun aku kat sini... puncak vista, hutan sintok, dusun, smpaikan ke pusat sukan pun byk aku x explore... rugi kan... biasa la, org mcm aku asyik terperuk je kat bilik.... wawawawawawawawwa lepas ni cabaran baru plk akan menjelma... dunia praktikum yang malas jer aku nak pikir... x sempat pn aku nk tidoq puas... takperlah, walaumcmmanapun, hrp2 smuanya kan berjalan lancar kelak... apa yg pastinya, balik je rmh esok aku nak tidoq puas2 + 'melantak' habis2an... lepas tu br aku nk cari rmh sewa.... ok tak? ok kan......... hehehehehheheheheeh

Saturday, April 08, 2006

MM Design Party. . .

Malam semalam bersamaan 7hb April, group Multimedia Design kitaorg buat party kecil-kecilan dkt KFC sempena dah habis buat projek. . . lps ni dah tak dpt merasa buat kerja satu kumpulan lg kan?... sedih arr... ye la smuanya akan merasa dunia baru plk... PRAKTIKUM... azizi pn takde mlm tu... entah ke mana mengilang mamat ni sorang, asyik x dpt contact je... misteri betul... pagi tu sbnrnya kitaorg ada bengkel paraktikum kat dewan seminar FTM, sehari suntuk kat sana... so mlmnya kita nk enjoy la sikit kan... bkn enjoy sbnr-bnrnya la... setakat party kecil-kecilan je... lgpun nak belanja Ejan n Aisha yang banyak b'tungkus lumus wat projek kitaorg ni.... yang lain pn semuanya bg comitment yang spnuhnya untuk projek ni thank Ejan n Aisha sebab rajin buat report untk kitaorg... hehheheheeheh... .. mmg b'banggalah bila tgk hasil produk kami tu.. CD Interaktif SMKBBS... boleh jual nih... nanti aku masukkan dalam blog macmmana rupa bntuk produk kami tu yek...
Lastly, thanks to all of u, Firdaus yang bnyak jd driver kami (also to awek ko yang byk sumbang idea untk grup kita, thanks Sue), Ejan n Aisha ( dua kuntum bunga dlam grup kami), Faizol, Shah n Azizi...... Terima Kasih Byak2 noh.... moga kngan bersama dlm buat projek ni akan terus di ingatan...
Masa bengkel praktikum di sebelah paginya
Sedapnya makan KFC... yang kat depan tu sampai x ingat dunia.. hahaha
Senyum semuaaaa. . .
lepas ni dtg lagi yek.....

Tuesday, April 04, 2006

Stress Week

Dah lama rasanya aku x update blog aku ni.. . biasa la, sekarang kan dah penghujung semester… jd byk la asgmnt n projek yang nak kena submit… 2 minggu kebelakangan ni.. x tentu arah tidur aku dibuatnya… semua kerja nk kena htr serentak… kdg2 tu dlm satu hari, 2 hingga projek nak kena present… minggu ni mmg stress gila… minggu ni jgk la mgu yg paling sedih buat aku.. ikan kesayangan aku dah mati….huhuhuhuhuhu…. sedihnya… dah lama aku bela… dari semester sudah lagi… dekat 6 bln jgk la… skrg dia dh mati….. waaaaaaaaaa………
Habis je setle smua asgmnt aku ni perkara pertama yg aku nk buat adlh tidoq sepuas-puasnya… ah… rindu ar dekat katil n bantal aku tu…. Tp tak lama la blh tidor sbb lps ni ada peperangan besaq sgt… bertambah bercelarulah hidup aku… lintang pukang jdnya…. tentunya peperiksaan akhir yang dan tiba… 1st paper aku 12hb dan tamat 24hb… lepas tu merdeka la aku…. Waaaaaaaaaaaaa… Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Ops! Mana blh merdeka lg……waaaaaaaaa ada praktikum plk la….. alamak…. Dh x blh aku nk rehat2 mcm dulu lg dah…. Aku br je dpt tahu organisasi tmpt praktikum aku… aku dpt government… Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kedah dekat Aloq Setaq… Ok jgk la… nasib baik dpt dgn member aku.. klu tdk jnuh jgk la…. Doakan aku slamat jawab periksa + selamat jalanai praktikum + selamat apa jua dlm hidup aku yek…. Ok… C U next time…

Tuesday, March 21, 2006

Pali's Wedding

Sabtu lalu bersamaan 18hb March 06 terpatrilah ikatan kasih antara kawan aku yang sorang ni dengan calon pilihan hati dia.... Tak sangka yek, kawin jugak Pali dgn Kak Sue... itulah jodoh katakan... aku g jugak knduri kwn aku ni, tapi lewat sikit sebab ada mslh2 yg tak dapat diselesaikan... apa2pun aku g jgk kan Pali? Support kawan.... lepas ni jgn plk tak dtg knduri kawin aku..... hehehheheheheh..... betul ke? lambat lagi la........ tahun 2013 kot.... cuba la kira....... hahahahhahahahaha..... untuk kawan2 aku yg tak berkesempatan p, aku upload gambar pengantin baru kat sini, tp diaorg dh tak berpakaian lengkap pengantin la..... dah lewat pun masa aku p.... ok... Check it out...

Pengantin Baru diapit oleh 4 bakal pengantin

Selamat Pengantin Baru Pali & Kak Sue

Sunday, March 19, 2006

Malam Anugerah Inspirasi Multimedia

Malam 17 Mac 06 yang sudah, Kelab Dot Com telah menganjurkan Malam Anugerah Inspirasi Multimedia aka Grand Dinner untuk yang kesekian kalinya. Bertemakan hitam dan putih memang menjanjikan malam yang sangat havoc untuk kami semua.... pada mulanya aku sndiri pun tak nak join malam anugerah ni... tp last2 sekali geng2 aku ajak paksa jgk aku pi.... maka ada la aku kat situ malam tu... majlis ni berlangsung dekat Brasmana Hotel, Kuala Perlis... kira ok la tmpat dia... dekat tepi laut.... macam-macam la ada pada mlm tu, pelbagai anugerah dipertandingkan... biasa la aku satu pun tak dapat, hanya jd penonton setia ja.... nombor bertuah pun tak dapat..... ala kesiannya.......... persembahan dan sesi bergambar pun jgn cakap la, mmg meriah gila... semuanya nak ambil gambar kenangan... takut2 kalau2 dah tak jumpa lepas ni... biasa la kebanyakannya dah final semester...... jam 11.30 malam, majlis tamat dan kitaorg pn bertolak pulang ke UUM......

Monday, March 13, 2006

Makan Besaq Kat Lynda Kuala Perlis. . .

Malam Jumaat sudah bersamaan 10hb Mac, klik2 aku ajak makan besaq kat Kuala Perlis.... sbnrnya dah lama rancang nak p sana tapi keadaan selalu x mengizinkan... rasanya dah dua semester sudah lagi kitaorg planning nak g sana... selalu ja tertunda..... nampaknya plan kami tercapai jgk la nk makan besaq sama kwn2 semester ni... tp x ramai sgt yg p, hrp2 lps ni klu ada plan lagi, lebih ramai yg akan join... lagi meriah... lagi havoc... lagi meletup...
Tiga Serangkai: Maria, Wan & Achik

Shy & Kirul

Our klik... at the right... our best manager, Mr Zharif Anwar

Final KLK. . .

Tanggal 4hb Mac hr tu.. Ko K aku buat KLK untuk yang terakhir kalinya... kali ni kami round Penang plk... tak semua la.. cuma dua tiga tempat ja... First sekali kami p komtar dan perangin mall... shoping2 kat situ dua tiga jam kemudian terus g muzium patung plk..... Wah!!!!!! kat sini semua karakter katun ada... watak2 filem pn ada.... best ar.... pendek kata 'macam-macam ada'......... habis je kami round muzium patung ni, terus kami ke Naza Hotel sbb nak wat Farewell Party.... biasa la kan, last Ko K mesti la buat grand2 sikit..... apa lagi kat situ kami menjamu selera dgn sakannya la.... semua jnis mkanan kami rembat..... sampai kenyang 'pemerutmot'... hhehehehehehehe...... lps Maghrib ja terus kami naik bas dan bertolak balik ke kampus UUM.....

Masa baru sampai dekat Perangin Mall
Dalam muzium patung
masih dalam muzium patung
Farewell party..... Good Bye Ko-K

Sunday, March 12, 2006

Atilia - Natural Woman (Malaysian Idol 2 Top 11)

Ni satu lagi video yg aku nk tunjuk kat semua org. . . aku sebenarnya mmg minat giler kat minah ni... suara dia mmg superb gila.. tp sayang dia kluar awal waktu Malaysian Idol 2 dulu... apa2 pun aku salute sgt kat minah ni... klu dia buat album, akulh org pertama yg akan beli....
Go Atilia! ! !

Nick and Haig - Favorite Color

Finger Break Dancing

Friday, March 10, 2006

Latest Anugerah Bintang Popular. . .

KeputusanABP2005

Bintang Paling Popular: MAWI
Anugerah Seniman Veteran: HUSSEIN ABU HASSAN
Anugerah Biduanita Veteran: AZEAN IRDAWATY
Anugerah Khas Bintang Popular: DATUK AHMAD NAWAB
Pelakon Filem Lelaki Popular: ROSYAM NOR
Pelakon Filem Wanita Popular: MAYA KARIN
Penyanyi Lelaki Popular: MAWI
Penyanyi Wanita Popular: SITI NURHALIZA
Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI
Artis Berkumpulan/Duo Popular: RUFFEDGE
Pelakon TV Lelaki Popular: ROSYAM NOR
Pelakon TV Wanita Popular: FASHA SANDHA
Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK
Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY
Artis Baru Lelaki Popular: MAWI
Artis Baru Wanita Popular: FARAH AF2
Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI
Pengacara TV Wanita Popular: FARAH FAUZANA
Penyampai Radio Lelaki Popular: HALIM OTHMAN
Penyampai Radio Wanita Popular: LINDA ONN

Monday, March 06, 2006

My Footmark. . .

My Footmark . . .

Sunday, March 05, 2006

Poster Komunikasi Era Digital

My poster untuk tugasan Media Integratif... Ok ke?

Tuesday, January 24, 2006

UUM : Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah 1426H

Pada 15.01.2006 yang lepas Pusat Islam UUM telah mengadakan majlis Ibadah Qurban bertempat di perkarangan Masjid Sultan Badli Shah. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi. Lebih kurang 200 orang staf dan penduduk sekitar datang membantu untuk melapah dan memasak daging. Dalam Majlis kali ini, sebanyak 13 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah dikorbankan untuk Qurban dan Aqiqah. Dua ekor lembu tambahan telah disembelih sehari sebelum majlis untuk dijadikan kenduri. Kesemua daging aqiqah dan qurban telah diagihkan kepada 500 orang kakitangan dan penduduk setempat.

Sumber: UUM Islamic Centre

Saturday, January 07, 2006

Banjir Melanda UUM...

18 Disember 2005 hari tu, UUM telah dilanda banjir yang tak pernah2 terjadi sblmnya.... smua orang kelam kabutlah dibuatnya... nasib baik waktu tu cuti sem... jadi kami sebagai student tak terasa la sgt.... Bukan saja UUM yang dilanda banjir, Changlun, Jitra semua 'dinaiki' air ... pendek kata kawasan Kubang Pasu penuh dengan air... Jitra yang dah 30 thn tak 'dinaiki' air kali ni terpaksa bermandi air untuk 1-2 minggu jugak la lamanya.... tp yang aku nak tnjuk kat sini gambaran kwsn UUM yang dilanda banjir.... tgk la noh...

Selamat Tahun Baru ! ! !

Assalamualaikum..... C hat semua noh... qasanya tak terlambat lagi kalau aku nak wish Selamat Tahun Baru 2006.... nampak gayanya akan bertambah lagi satu angka la umoq aku.... ishk.. ishk.. ishk... dah tua qupanya... apa2 pun aku harap tahun 2006 yang dah menjelma lebih seminggu ni akan membawa sinar yang sentiasa bersinar-sinar dan terus bersinar-sinar untuk aku.... apa? azam baqu?.....
hmmmmmmmmm..... memandangkan semua oqang sibuk bertanya pasal azam baqu, maka aku pun terpaksalah listkan balik azam2 tahun sudah yg blm tercapai atau terlaksana lagi... apa2 pun semua tu rahsia la.... mana blh bagi tau kan...... jadi aku kena pastikan untuk tahun ni azam aku akan tercapai sekaligus azam2 aku yg thn lps yg belum tercapai akan tercapai.... hehehehehheheheh.... berbelit tak ayat aku?
Rasanya dah 2 bulan aku tak upgrade blog ni... biasa la... cuti semester... blog ni pun terpaksa la aku rehat sekejap... bknnya takdak tnet kat umah, tp cuti ni aku sibuk sikit la pasal abang aku nak kawin.... jd tak sempat la aku nak jeling2 kat blog ni.... skrg smuanya dah settle, knduri dah slesai... cuti pun dah habis... so, msk semester baru.... maka akan bertmbh pening lalat la otak aku ni nak kena bukak buku balik dan mengadap lecturer yang kadang2 ntah apa2 ntah yg aku tak paham.... hehehehehehheheheheh...... ok lah..... takat ni dululah sebagai pembukaan untuk tahun 2006 ni... n aku wish all da best untk smua.......